SEJARAH KUMPULAN CHROMES

Chromes merupakan Kumpulan Muzik Rock di Malaysia yang bergerak secara "Underground" pada era tahun 2000-an keatas. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2003 di sebuah pekan kecil Masjid Tanah, Melaka. Kumpulan ini dianggotai oleh Jon (Penyanyi / Pemain Gitar Utama), Pipie (Penyanyi / Pemain Gitar Kedua), Wan Gegau (Pemain Gitar Bass) dan Tuan Ejat (Pemain Drum).

Kumpulan ini pernah merakamkan dua buah lagu untuk Projek Kompilasi yang berjudul "Sound Of Addiction" dibawah terbitan Sigma Music & Entertainment dan mempunyai SINGLE yang telah dirakamkan di Whizz Ril Studio dan diterbitkan oleh Happy Community Records.

Chromes banyak bermain mini konsert atau lebih senang dengan sebutan gig di seluruh semananjung Malaysia. Kumpulan ini hanya berakhir pada tahun 2010 atas beberapa perkara yang mendesak kearah pembubaran. Setelah Chromes bubar, Wan Gegau telah melonjak arah ke dunia hiburan kaca TV apabila diterima menyertai Program Bintang Mencari Bintang musim pertama pada tahun 2013 sebelum beliau menubuhkan sebuah kumpulan muzik berkonsep Metal, Punk & Modern Rock iaitu Silverchain pada tahun 2015 manakala Jon pula telah menyertai Deads Core Kumpulan Muzik yang memperjuangkan irama Hardcore pada tahun 2014.

Chromes memperjuangkan irama Metal Grunge Rawk / Punk Rock sejak awal hingga bubar.